Saya adalah anak jati Johor berdarah bugis.
Berketurunan jauh kerabat diraja Bugis.
Sedikit sebanyak tentang saya:
- Paling pantang kalau dicabar, InsyaAllah sahut cabaran.
- Panas baran, tetapi sekarang sudah boleh mengawalnya dengan baik..^^
- Minat pada cabaran dan benda baru.
- Business is my life.. :)
Merupakan antara atlet olahraga sekolah yang cemerlang. Berkecimpung dalam dunia olahraga secara serius semenjak dari sekolah rendah. Tetapi sering mengalami kecederaan dan menyambung secara serius semula pada tahun 2007 di peringkat menengah.
Saya bermula sebagai pelari pecut yang digeruni di zaman sekolah rendah (sebelum cedera). Diperingkat menengah, akibat terlalu banyak cedera( kerana bermain Hoki dan bola sepak), saya telah bertukar kepada acara jarak jauh.
Alhamdullillah, saya adalah 5 terbaik pelari jarak jauh sekolah. Tahun 2008 memberikan satu pengalaman manis apabila pasukan lelaki 18 pertandingan Road Run peringkat Johor yang dipimpin oleh saya telah mengungguli pertandingan tersebut.
Zaman terus berlalu dan berlalu, tahun 2009 memberikan pengalaman manis apabila saya ditawarkan pengajian di UiTM Segamat memegang kursus diploma Pengurusan Bank.
Tahun 2010 paling banyak memberikan pengalaman manis dan terbaik!!
Pada tahun 2010 saya telah memenangi pertandingan Iklan terbaik peringkat UiTM Johor. Tahun ini juga menyaksikan saya mula menceburkan diri dalam sukan pencak silat olahraga.
Pertandingan silat olahraga, Asean and NATIONAL invitation Pencak Silat Championship yang diadakan di UPSI, Perak memberikan saya merasai kemenangan pertama saya dalam sukan silat olahraga. Tetapi dalam masa yang sama memberikan saya satu pengalaman paling saya tidak akan lupa.
Pada pusingan kedua menentang lawan dari pasukan SUKMA Labuan, saya telah ditendang di mulut sehingga bibir pecah dan memerlukan jahitan (tapi saya tak nak ^^).
Kaki juga mengalami kecederaan akibat ditendang mengakibatkan otot koyak dibahagian betis (gastrocnemius).
Tetapi pengorbanan yang saya lakukan untuk jadi yang terbaik telah termakbul semasa saya menyertai Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA), saya telah memenangi pingat GANGSA bagi acara putera B pencak silat olahraga.
Tetapi teruk juga kena belasah dengan pesilat UiTM Perlis di separuh akhir.^^
Kini saya berjaya mengangkat semula martabat skuad olahraga UiTM Johor yang dulunya pernah gemilang di arena sukan silat olahraga. Matlamat saya sudah tercapai untuk menjadi antara ahli sukan yang terbaik dalam sukan yang saya ceburi.
Dalam apa yang kita ceburi, janganlah hanya memikirkan penghargaan tetapi dapatkan satu kepuasan untuk diri sendiri dan lakukan yang terbaik. Ia sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Sifat sabar itu amat penting untuk mendapatkan apa yang kita mahu.
Biarlah kita dicabar, dicemuh, dimaki, dibenci, diluka dan dipinggirkan, kerana semua itu adalah ragam dan dugaan Allah. Setiap kejayaan ada pengorbanannya walaupun sedikit.
Dan setiap jalan yang kita pilih walaupun kita mula sedar jalan itu adalah silap, kita harus teruskan juga kerana tiada alat untuk kita mengundurkan masa semula.
Kita teruskan juga hingga penamatnya walaupun ia sukar kerana takdir, ajal dan maut di tangan Allah.
Allah akan membantu sesiapa sahaja yang berusaha dan berdoa kepadanya.
Setiap apa yang saya lalui ada baik dan buruknya. Tetapi syukur alhamdullillah dunia sukan juga mengajar saya bersifat sabar dan tenang dalam menghadapi apa-apa situasi. Usaha yang dilakukan saya tidak perlukan pengiktirafan, cukuplah ia sekadar dapat membantu orang yang kita ingini.
Terima Kasih kepada ibubapa saya yang sentiasa menyokong apa yang saya lakukan.^^